Program Kemahiran Belajar

Pada 16 November 2018, saya dan rakan sekumpulan saya telah menjalankan program kemahiran belajar di SMK Kalumpang, di Selangor. Pada asalnya kumpulan saya telah deal dengan satu sekolah di Ipoh pada tarikh yang sama untuk buat program di sana, tapi nak buat macam manakan? kita mampu merancang, tapi Tuhan menentukan. Walaupun pada asalnya sayalah orang paling frust bila sekolah ni last minit reject program kami, tapi alhamdulillah, dengan bantuan En Aziz, kami dapat buat program berhampiran dengan rumah sewa kami di Bahtera. Sekurang-kurangnya banyak kami jimat dari segi kos. Pada pagi yang indah, kami pun bertolak ke sekolah di awal pagi.



Inilah wajah kami yang tidak sabar berprogram

 Pukul 8 pagi kami pun di jemput oleh Pn Hawa, Guru Kaunseling SMK Kalumpang untuk ke bilik tayangan, tempat kami berprogram. program ini melibatkan serama 20 orang pelajar tingkatan 4. Pada awalnya, program kami mempunyai masalah iaitu tentang penggunaan Microphone.
Agak frust juga pada masa ni sebab kami dah pinjam mic tapi tak boleh guna. mungkin salah kami juga sebab kami tak check awal-awal. tapi itu bukanlah jadi satu masalah untuk kami. bilik tayangan itu kecil jadi tiada masalah untuk kami teruskan program tanpa penggunaan mic.

Untuk sesi ice breaking, sahabat saya Najwa yang telah kendalikannya. seperti yang telah kami lakukan di dalam kelas iaitu lukisan A dan B. Pada lukisan A saya lihat pelajar lambat-lambat nak ke depan untuk lukis, situasi macam kami. kemudian setelah di provok, barulah pelajar ini berlumba ke hadapan dan buat sebuah lukisan. Walaupun masih tidak nampak seperti sebuah rumah, tapi usaha mereka masih boleh diperbaiki dan Najwa meminta untuk pelajar membuat sedikit refleksi mengenai aktiviti ini.
 
Memang tak nampak macam kereta langsung tapi usaha tu adalah..

Selesai sahaja ice breaking, Syafiqah mengendalikan modul pertama iaitu kemahiran berfikir luar kotak. fasi menayangkan gambar dan pelajar perlu meneka apakah maksud gambar tersebut. bermacam-macam jenis jawapan yang mereka bagi. ada yang betul ada yang tidak. 

Syafiqa sedang membuat refleksi mengenai modul kemahiran berfikir luar kotak.

Kemudian, kami terus kepada modul kedua yang telah dikendalikan oleh Zulhamizan iaitu kemahiran berfokus. aktiviti yang dilakukan adalah Zulhamizan menerangkan bentuk dan pelajar perlu melukis bentuk tersebut. pada waktu ini, saya lihat mereka confius kerana Zulhamizan terang bentuk tersebut cepat-cepat. macam-macam bentuk mereka lukis. ada yang bertukar dari segi empat sama dengan segi empat tepat, dan macam-macam lagilah. Pada waktu ini saya lihat pelajar masing-masing berbincang cara untuk melukis atas arahan yang diberikan. 

Selepas dari modul ini, kami meminta pelajar untuk menyanyikan lagu tema untuk program ini iaitu "Kau dan aku" nyanyian Azad Hamdan. Kenapa kami pilih lagu ini? ini kerana lagu ini boleh menaikkan semangat kepada pelajar, Mereka menyanyi dengan penuh semangat. Liriknya :

Kau dan aku adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Chorus
Mengejar mimpi yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Semua tak terang di mataku
Walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ohhhh…
Mengejar mimpi yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Akhirnya nanti
Ohhhh… Ohhhh… Ohh..
Selepas mereka menyanyi , kami memberi pelepasan kepada mereka selama 20 minit untuk rehat. Pn Hawa telah menyediakan makan untuk pelajar-pelajar dan Fasilitator iaitu nasi lemak.  selepas rehat, tiba pula giliran saya untuk mengendalikan modul. Sebelum itu, saya meminta pelajar untuk melakukan senaman memandangkan semua pelajar kelihatan mengantuk, maklumlah.. lepas rehatkan.
Gigih fasilitator mengajar pelajar-pelajar untuk bersenam.

Selepas bersenam, saya kendalikan modul kemahiran mengingat iaitu dimana menggunakan akronim dan lukisan untuk menginat fomula. Pada masa ini, saya meminta untuk pelajar duduk dalam kumpulan dan menghafal mengikut akronim. Dan saya lihat pada ketika ini mereka lebih aktif berbanding pada awal program. Mungkin mereka sudah dapat membiasakan diri dengan kami dan lebih selesa. Saya lihat mereka lebih bersemangat melalui aktiviti "bulat-bulat" kerana saya meminta mereka untuk mereka membuat gaya supaya mereka mudah untuk ingat. ternyata aktiviti ini berjaya apabila slide di tutup dan mereka dapat melukis tanpa melihat slide

Selepas pada itu, Zulaika pula mengendalikan modul yang seterusnya iaitu modul kemahiran lima domain. aktivit yang dilakukan adalah pelajar perlu berpasangan , seorang menjadi guru dan seorang menjadi pelajar. mereka perlu berdiri bertentangan di mana guru menghadap ke arah slide melihat dan memberi arahan kepada pelajar untuk melukis tetapi pelajar tidak boleh memandang guru. kemudian mereka perlu membandingkan gambar yang mereka lukis dan gambar di dalam slide. seterusnya mereka perlu melakukan aktiviti yang sama namun mereka perlu menghadap sesama sendiri. Aktiviti ini menggariskan tentang kepentingan dalam mengaplikasi kemahiran lima domain yang telah diterangkan oleh Zulaika.

Selepas berakhir modul dikendalikan oleh Zulaika, semua fasilitator memberi rumusan mengenai program ini. Selain itu, fasilitator juga memberi sedikit nasihat untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Seterusnya kami bergambar dengan pelajar dan Pn Hawa sebagai kenangan.
  senyum....
Walaupun program ini hanya berlangsung hanya pada satu haru sahaja dari pukukl 8 pagi hingga 12 tengahari, namum kami tetap berjaya melaksanakan walaupun dalam tempoh yang singkat. Saya berharap agar kemahiran-kemahiran yang kami kongsikan kepada pelajar dapat digunakan oleh pelajar memandangkan mereka akan menduduki SPM pada tahun hadapan. Saya rasa gembira kerana pelajar di sini memberi kerjasama dan Pn Hawa juga memberi layanan yang baik terhadap kami. Malah, sebelum pulang, kami disediakan makan tengahari sebelum pulang. Saya berharap dapat berprogram di sini lagi di masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

bimbingan & kaunseling : kaunseling di malaysia

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran Asas Dalam Kaunseling