BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH/STUDIO/MAKMAL
Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah
laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar. Manakala aktiviti penyampaian ilmu juga berjalan dengan lancar
dan dapat mencapai objek spesifik sesuatu pembelajaran.
Definisi
pengurusan bilik pembelajaran (bilik darjah) merupakan satu pembentukan suatu
alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan
tercapai, Mok Song Sang (2011). Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana
guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986), persekitaran
fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber
pengajaran guru. Oleh yang demikian, kita dapat melihat bahawa pengurusan bilik
darjah amat penting untuk melancarkan sistem pengajaran dan pembelajaran
diantara guru dan juga pelajar. Maka dengan itu terdapat beberapa strategi yang
dapat digariskan dalam membuat penyusunan bilik darjah.
Antaranya ialah, melihat
kegiatan rutin bilik darjah dimana guru perlu melihat keadaan fizikal bilik
darjah, melihat bahan pembelajaran yang digunakan dalam bilik darjah untuk
disusun dengan betul agar mudah didapati. Setelah itu, guru perlu melihat skop
keperluan pelajar dalam rutin harian kelas mereka dari segi keperluan bahan pembelajaran
berikut. Kemudian dengan bantuan pelajar, mereka boleh bersama-sama untuk
memilih bahan yang seperti mana yang mereka suka atau mudah untuk gunakan.
Sebagai contoh melekatkan maklumat mengenai subjek disetiap dinding kelas.
Pelaksanaan rutin bilik darjah mendatangkan beberapa faedah iaitu proses
pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pengurusan rutin
yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar, rutin tersebut akan
menyemai nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan juga dapat menyemai
keselamatan dan keselesaan kepada pelajar.
Setelah itu, strategi kedua
dalam pengurusan bilik darjah yang baik adalah menyimpan rekod yang mana cara
ini adalah dengan merekod, mengelas dan mentafsirkan data seorang pelajar.
Segala maklumat yang diperoleh membolehkan guru membuat penilaian terhadap
objektif pengajarannya sama ada berjaya atau gagal. Hasil daripada rekod
tersebut dapat kita lihat sama ada aktiviti yang guru buat selepas ini memberi
kesan ataupun tidak. Syarat-syarat merekod adalah rekod mesti digunakan, rekod
mesti boleh diperolehi dengan mudah, rekod mesti lengkap dan rekod mesti
menyatakan perkara yang benar.
Menurut
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009), menyatakan bahawa pengurusan
bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai
melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat
melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan.
Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat
digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan
menggalakkan untuk pembelajaran. Maka dengan itu, strategi yang dilakukan ini
perlu mempunyai satu matlamat dan objektif yang ingin dicapai untuk memastikan
langkah yang digunakan memberi kesan.
Kesimpulannya,
strategi penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran
pelajar, keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu
pembelajaran. Unsur fizikal bilik darjah
ialah tempat duduk pelajar merupakan kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai
bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar, meja guru merupakan
meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas. Guru harus berada di sekitar meja pelajar
bagi membantu dalam proses pembelajaran.
Strategi
pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti
unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan
daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
Comments
Post a Comment