BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Menurut Lahey
(2009), tingkah laku adalah pebuatan yang terhasil kesan daripada pemikiran dan
emosi seseorang pada suatu masa tertentu. Setiap tingkah laku yang berlaku
adalah disebabkan oleh emosi seseorang pada ketika itu dan cara dia berfikir
semasa suatu emosi itu mengganggu dirinya. Menurut Dreikurs (1968), terdapat
empat sebab mengapa murid melakukan salah laku di sekolah iaitu untuk
mendapatkan perhatian, inginkan kuasa, membalas dendam dan kurang keyakinan
diri. Apabila keperluan ini tidak dipenuhi atau tidak diberikan oleh guru, maka
pelajar akan membuat perangai yang akan menimbulkan salah laku dan mengganggu
orang di sekeliling mereka. Terdapat tiga jenis tingkah laku yang diketengahkan
oleh Akhiar dan Shamsina (2012) iaitu tingkah laku disruptif di mana ianya
adalah perlakuan yang disengajaka oleh murid seperti pertengkaran, kecerewetan
dan menyibuk dengan hal yang tidak penting sehingga menghalang proses PdPC.
Tingkah laku seterusnya adalah tingkah laku distrukif di mana pelajar merosak,
mencedera, membahayakan dan mengakibatkan kerugian diri sendiri atau harta
benda sekolah. Tingkah laku terakhir adalah tingkah laku kebergantungan yang
mana murid terlalu mengharapkan sokongan daripada ibu bapa atau guru-guru.
Terdapat
beberapa pekeliling yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Antaranya adalah:
1) Bil.
9/1975 Disiplin sekolah, perturan sekolah untuk murid
2)
Bil. 7/1986
Langkah-langkah keberkesanan disiplin sekolah
3)
Bil. 6/1995 Menangani
masalah ponteng kelas
4)
Bil. 18/1998
Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan
5)
Bil. 6 2000 Manangani
masalah keselamatan, dadah dan genster
6)
Bil. 8 2001 Pemantapan
pengurusan disiplin di sekolah
7)
Bil. 9 2001
Penglibatan pelajar dalam kegiatan negatif
8)
Bil. 10/2001 Semua
guru adalah guru disiplin
9)
Bil. 1 1972 Peraturan
(Tatatertib sekolah) pelajaran 1959
10)
Bil. 7 1995 Tatacara
mengenakan tandakan hukuman terhadap pelajar sekolah
Menurut
James A. (2011), guru memainkan peranan penting dalam mendisiplinkan murid dan
ianya tugas hakiki semua guru. Guru haruslah mengambil bahagian dalam membentuk
sahsiah pelajar di dalam dan luar kelas. Antara cara yang boleh digunakan
adalah merotan pelajar lelaki tetapi hanya boleh dilakukan oleh guru besar dan
guru yang diberikan kuasa (Nasrul & Zarina, 2017). Selain itu, sistem
dimerit juga boleh dikenakan kepada pelajar yang melakukan kesalahan dengan
memberikan markah dimerit manakala tingkah laku baik akan diberikan merit.
Selain itu, melakukan spot check bagi
memastikan pelajar tidak membawa barang-barang terlarang atau masalah disiplin
yang lain. Pas keluar pelajar juga harus diberikan kepada pelajar yang ke
tandas atau urusan rasmi seperti ke pejabat dan bilik guru. Hal ini dapat
mengawal pergerakan keluar masuk pelajar dan mengesan pelajar yang ponteng.
Bagi kesalahan berat, pelajar boleh dirujuk ke pihak atasan seperti pengetua
atau guru Kaunseling dan boleh digantung sekolah.
Pada pendapat saya, guru begitu memainkan
peranan dalam membentuk disiplin pelajar. Hal ini kerana kebanyakkan masa
pelajar adalah di sekolah dan mereka belajar banyak benda baru di sekolah.
Jadi, guru memainkan peranan dan berhak mengajar dan menegur semua pelajar.
Dari pandangan pribadi, saya bersetuju dengan system menghukum dan merotan
pelajar yang keterlaluan dan kesalah yang berulang. Hal ini kerana manusia akan
belajar dari kesilapan dan peristiwa yang pernah dia alami. Contohnya, apabila
pernah dirotan, dia akan mengingati peristiwa tersebut sampai bila-bila dan
mengelak dari mengulangi kesalahan yang sama supaya tidak menerima hukuman
lagi.
Selain hukuman, susunan tempat duduk juga
memainkan peranan dalam membantu guru mengawal kelas. Akhiar dan Shamsina
(2012) mengatakan bahawa susunan bilik darjah haruslah berorientasikan guru dan
cadangan bentuk pengajaran yang ingin dilaksanakan seperti kumpulan kecil atau
berpasangan. Dalam kumpulan kecil ini, pelajar akan bertukar peranan sebagai
ketua dan mentor di dalam kumpulan tersebut. Jadi, guru bukan saja dapat
mengajar seperti dalam pembelajaran abad ke-21 tetapi dalam masa yang sama,
pelajar terkawal kerana sibuk berbincang dengan rakan-rakan mereka. Jadi, cara
ini akan memudahkan guru menyampaikan maklumat dan keterlibatan semua pelajar
di dalam kelas.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan
penting dalam membentuk disiplin dan sahsiah murid. Bukan saja guru disiplin
malah semua guru di sekolah berhak untuk menegur pelajar dari segi displin. Ibu
bapa pada zaman ini harus memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk
membentuk disiplin mereka kerana sikap pelajar di rumah dan di sekolah adalah
berbeza.
Comments
Post a Comment