BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
Menurut Stonerr (1984) pengurusan ialah satu proses
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan
merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai
matlamat (Robbins, 1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti
kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai
matlamat organisasi (Abdullah Sani Yahya, 2003).
Pengurusan ialah aktiviti yang
teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang
dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah
dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Bab ini menyatakan pengurusan pembelajaran
dan perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian
pengurusan pembelajaran pelajar. Bab ini juga menyedari kepentingan pengurusan
dan pembelajaran, konsep mengurus pembelajaran, perpektif multidisiplin
pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran.
Konsep
mengawal ialah mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti kumpulan,
mengawal murid bermasalah peribadi, dan mengawal suasana bilik darjah. Konsep
merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan
pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang startegi dan kaedah
pengajaran yang efektif, merancang bahan bantuan pengajaran yang lebih
berkesan, dan merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar jelas dengan
pelajaran yang mereka belajar.
Selain itu, konsep mengarah
merupakan mengarah murid supaya duduk diam dan menumpukan perhatian kepada
pengajaran, mengarah murid untuk menjawab soalan, mengarah murid menguruskan
tugasan harian bilik darjah, dan mengarah murid untuk mematuhi disiplin yang
telah ditetapkan. Manakala pengalaman bermaksud yang kaitkan pembelajaran
dengan pengalaman sedia ada pelajar. Sebagai contoh, ulang pelajaran yang
lepas, sesi soal jawab. Penting dalam membantu pelajar memahami sesi
pembelajaran yang dijalankan. Merancang pemikiran pelajar dengan soalan. Fikir
bersama, ramalan, cabar minda pelajar.
Pengurusan dan pembelajaran
pelajar yang berkesan mencakupi tiga aspek iaitu keperluan fisiologi,
pengurusan masa dan iklim bilik darjah. Fisilologi yang dikenal pasti terhadap
pelajar biasanya ialah tahap pembelajaran, keluarga, tingkah laku dan emosi.
Pengurusan masa pula membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran dengan masa
yang sama. Jadual waktu juga perlu mengambil kira kebolehan pelajar iaitu
sejauh mana pelajar dapat mengekalkan fokus dalam kelas serta bukan sahaja
pelajar, malah guru juga perlu mengelakkan pembaziran masa. Iklim bilik darjah
pula merangumi pencahayaan yang cukup, perabit yang selesa dan mencukupi serta
aliran udara yang baik dan lancar.
Menurut Abdul Rasid Jamian &
Hasmah Ismail (2013), dalam konteks pengajaran bahasa pula, unsur humor akan
menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Guru perlu
menggunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu, penggunaan grafik
seperti kartun dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan suasana yang
menyeronokkan kepada murid. Oleh itu, guru perlu menggunakan unsur yang sesuai
bagi menarik minat atau fokus perlajaar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Di samping itu, aliran teknikal dikhususkan
kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Aliran teknikal ini adalah untuk membantu melahirkan tenaga
profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian,
perdagangan dan ekonomi rumah tangga). Aliran teknikal ini juga membantu dalam
bidak pekerjaan yang dikehendaki.Tambahan pula, aliran vokasional memberikan
peluang kepada pelajar yang memperoleh pencapaian baik dan sederhana dalam
akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational).
Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Aliran ini membantu
melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.
Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran yang efektif amatlah
penting untuk proses pembelajaran yang berkesan. Selain daripada guru-guru, ibu
bapa turut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan tahap pemahaman
pelajar dalam proses pengurusan pembelajaran pelajar.
Comments
Post a Comment