BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
Menurut Haji
Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan,
kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau
kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin,
mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tempat terpenting di sekolah. Lebih
penting lagi, bilik darjah dikaitkan sebagai medan perjuangan utama kerjaya
seorang guru.
Pengurusan bilik darjah dinamik ke
arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS) memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran,
prosedur, teknik dan strategi. Oleh itu, guru perlu mempunyai gaya kepimpinan,
kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).
Pengurusan bilik darjah juga melibatkan
pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi
meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta
kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Pengurusan
bilik darjah bermaksud bagaimana bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana
mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku
(Bosch, 2006).
Di dalam bilik darjah, selain
mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai
pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal
bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif. Pengurusan bilik darjah berkesan
mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru seharusnya mampu
mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan (Hasani
Dali & Mohd Johdi, 2009). Disamping itu, ia mampu mempengaruhi motivasi,
tingkah laku serta penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bilik darjah yang diurus dengan baik adalah tempat dimana pelajar
sentiasa mengambil berat dan bekerjasama di antara satu sama lain, membuat
pilihan yang bijak dan sering berusaha untuk menghasilkan kerja yang
berkualiti, menarik dan penting bagi mereka (Levin & Nolan, 2000).
PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21
Menurut Marland
(1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’
dalam pembelajaran. Berikut adalah ciri-ciri pengurusan bilik darjah abad ke-21
yang boleh membantu prestasi pelajar :
1)
Kepimpinan Sekolah
2)
Pedagogi Guru
3)
Sokongan ibu-bapa
4)
Penglibatan Murid
5)
Sumber (Media Tools)
6)
4 C’s
·
Creativity
·
Collaboration
·
Communication
·
Critical Thinking
6.2 KAEDAH INTERAKSI YANG DIGUNAKAN DALAM BILIK
DARJAH
Interaksi ialah
proses saling tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam
sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud
pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi
dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran
dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.
Antara kaedah
interaksi yang boleh digunakan dalam bilik darjah ialah :
1)
Kaedah interaksi Guru dengan Guru
2)
Kaedah interaksi Murid Dengan Murid
3)
Kaedah interaksi Murid dengan Bahan
Kaedah tersebut
digunakan dalam proses Pembelajaran dan Pemudah Cara seperti pelajar diberi
peranan sebagai guru dan juga fasilitator dengan menggunakan kemahiran 4K iaitu
Kreativiti,Kolaborasi, Pemikiran Kritikal dan juga Komunikasi.
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG
BERKESAN
Pengurusan
bilik darjah yang berkesan akan dapat membantu menjadikan suasana pembelajaran
menjadi sangat efektif dan juga kondusif.
Menurut Doyle (1983), murid akan belajar apabila mereka mempraktikkan
perkara yang diajar dan apabila mereka mempunyai kemahiran berfikir yang baik.
Pengurusan Bilik Darjah akan mencapai keberkesanannya apabila :
1)
Guru menunjukkan contoh tauladan yang baik
2)
Terdapat komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
3)
Suasana yang demokratik dalam bilik darjah
4)
Iklim dan aplikasi dalam bilik darjah yang sesuai dan
kondusif
5)
Bilik darjah dijadikan tempat yang seronok dan selamat
untuk murid belajar
6)
Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan
fasilitator
KESIMPULAN
Sebagai seorang
insan yang bergelar guru, kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan
dengan pengurusan bilik darjah serta cara untuk menguruskannya supaya kita
dapat membina organisasi didalam kelas dengan baik. Perkara amat membantu
seseorang guru untuk menjadi guru yang berkesan dan bermanfaat kepada warga
sekolah. Selain daripada itu
Selain daripada
itu, guru juga harus bijak dalam memikirkan cara mengatasi masalah disiplin
yang pelbagai yang sering berlaku di dalam darjah. Guru perlu sentiasa berfikir
diluar kotak bagi meningkatkan prestasi dan keberkesanan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sesuai adalah
sangat membantu dalam menjadikan suasana belajar itu lebih hidup dan
menyeronokkan. Perkara ini akan merangsang minda dan juga emosi murid agar
sentiasa merasakan bahwa belajar itu sebenarnya menarik dan menghiburkan.
Comments
Post a Comment