BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


PENGENALAN

Sekolah adalah sebuah institusi sosial yang memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar. Sekolah cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-guru yang bersedia melakukan perubahan dengan kerjasama yang padu daripada ibu bapa dan masyarakat. Sejajar untuk menghasilkan pendidikan berkualiti, sokongan dan kerjasama ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadikan sesebuah sekolah itu hebat dan berjaya.
Mengikut, Jarzabkowski (2002) menyatakan bahawa persekitaran sekolah bermakna semua keadaan, sumber dan aktiviti saling bersepadu secara langsung atau tidak langsung yang memberi kesan kepada fungsi sekolah. Persekitaran sekolah merujuk kepada persekitaran fizikal dan iklim psikososial boleh menetapkan peringkat persepsi positif guru dan pelajar terhadap sekolah. Tableman (2004) telah mengenal pasti empat aspek persekitaran sekolah, iaitu:
1. persekitaran fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran.
2. persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi.
3. persekitaran yang berkesan yang menggalakkan rasa kekitaan dan harga diri.
4. persekitaran akademik yang menggalakkan pembelajaran dan memenuhi diri.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT

Sekolah adalah satu sistem sosial yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Program sekolah hanya dapat berjalan lancar apabila mendapat kerjasama masyarakat. Oleh itu, permuafakatan sekolah dengan komuniti merupakan kunci peningkatan sebuah sekolah (Gary dan Witherspoon, 2011; Sheldon). Hubungan sekolah dengan komuniti sebagai strategi terbaik untuk menggalakkan penglibatan komuniti bagi meningkatkan keberhasilan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang peranan komuniti untuuk meningkatkan pendidikan pelajar, membimbing sekolah untuk melaksanakan proses permuafakatan, mengaitkan bantuan kewangan untuk pelajar miskin bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan mengupayakan PIBG untuk memainkan peranan yang lebih besar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b). mengikut  Sheldon dan Epstein (2004) kajian membuktikan bahawa permuafakatan sekolah dengan komuniti sangat penting untuk mengurangkan ketidakhadiran murid ke sekolah dengan cara menghubungi keluarga pelajar dan komuniti tentang kehadiran boleh membantu murid berada di sekolah.

GURU DAN IBU BAPA

Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat penting. Ini kerana kerjasama daripada ibubapa dengan guru telah membawa banyak faedah dan kebaikan. Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan adalah seperti membantu guru dengan lebih memahami tentang perkara kejiranan iaitu hubungan antara ibubapa, masyarakat dan sekolah. Selain itu, juga dapat menolong guru dalam mengurangkan klonflik dan ketegangan antara guru dengan ibubapa. Menurut Yahya (2005), pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga turut berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka.
            Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru atau ringkasnya PIBG adalah satu organisasi yang dibentuk oleh pihak pentadbir institusi pendidikan atau sekolah dengan kerjasama ibubapa di mana anak-anak mereka belajar di institusi pendidikan atau sekolah berkenaan. Matlamat asal penubuhan PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperolehi faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Selain itu juga, untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka dari segi kewangan untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid, meningkatkan keceriaan premis sekolah dan ibu bapa boleh memberi cadangan atau membuat aduan tentang perkara-perkara demi kebaikan anak-anak mereka.

ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, mempertingkatkan dan memperkukuh mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Isu-isu dan masalah dalam sistem pendidikan:
a)     Ekuiti Pendidikan
·       seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
b)     Tenaga pengajar
·       Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan.
c)     Kesan globalisasi
·       Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya cosmopolitan.
e)Sahsiah Pelajar
·       tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

PENDIDIKAN DAN GLOBALISASI
Trend globalisasi juga telah mencetuskan pelbagai faedah dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara faedah tersebut adalah dari segi:
a)     Keperluan terhadap pembelajaran berterusan
·       membangunakan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan.
·       Membolehkan individu membangunakan kelebihan-kelebihan terpendam.


b)     Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat
·       Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
c)     Pengurusan pendidikan
·       membantu dan mempermudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan
·       meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
·       Mengurangkan beban pengurusan dalam melaksanakan tugasan yang pelbagai.
·       Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
d)     Pembentukkan jati diri pelajar
·       dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh  pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka.
e)     Kualiti guru
·       berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas
·       memahami perkembangan teknologi
·       mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

 RUMUSAN

Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran amat penting untuk melahirkan generasi yang berkualiti. Hal ini kerana, Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan kualiti pendidikan pelajar merupakan faktor terpenting dalam membantu pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru serta sokongan daripada pihak pentadbir sekolah

Comments

Popular posts from this blog

bimbingan & kaunseling : kaunseling di malaysia

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran Asas Dalam Kaunseling