BAB 5 : PENGURUSAN MURID
Menurut Michael dan Jones (2018)
pengurusan merupakan proses untuk
mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli
organisasi. Pengurusan di klasifikasikan sebagai satu bentuk tindakan dalam
penyusunan terhadap kelompok atau kumpulan supaya lebih tersusun dan teratur.
Manakala Snel dan Bateman (2000) telah menyatakan bahawa pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk
mencapai matlamat organisasi. Ini menunjukkan bahawa pengurusan sangat penting
dalam melicinkan pentadbiran dari pelbagai skop sama ada di dalam sector awam
mahupun sector swasta.
Murid merupakan individu yang
menerima ilmu pengetahuan sama ada di sekolah mahupun di institusi
pendidikan. Dalam Abu Ahmadi(2003)
telah menuliskan tentang
pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang
memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna
dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia,
sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau
individu.
Pengurusan murid boleh di
definisikan sebagai satu proses dalam mengumpul rekod pengurusan pelajar di
sekolah. Maklumat murid yang perlu dikumpul serta direkodkan adalah profil murid dan ibu bapa atau penjaga,
enrolmen, kehadiran pelajar di sekolah.
bantuan dan kebajikan pelajar, pendaftaran
pelajar, peralihan dan tingkatan 1,pendaftaran prasekolah masalah disiplin pelajar serta rekod bagi
pelajar yang menetap di asrama.
Di
dalam menguruskan hal ehwal murid, guru kelas memainkan peranan penting dalam
mengumpul, merekod serta menyediakan rekod pelajar secara sistematik. Tujuan
bagi mengurus rekod murid adalah untuk menyediakan maklumat lengkap dan
mengenai kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi ( intelek,
rohani, jasmani dan sosial). Seterusnya adalah sebagai panduan kepada ibu bapa
dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka serta panduan kepada pelajar itu sendiri untuk
mengetahui potensi diri masing-masing.
Selain
itu, guru perlu memastikan segala kesediaan pelajar dapat di penuhi. Kesediaan
belajar merupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan setiap isi
kandungan pelajaran difahami oleh murid-murid. Kesediaan belajar adalah merujuk
kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada
kanak-kanak pada mana-mana peringkat perkembangan. Hal ini adalah kerana,
kesediaan belajar dapat diwujudkan melalui perkembangan individu dari segi
emosi, intelek, psikomotor dan kematangan murid (Brunner,1966). Sebagai contoh kanak-kanak
berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan pemikiran
konkrit ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran
abstrak. Persediaan ini dapat membantu pelajar dalam memahami pelajaran yang
baru berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.
Pengurusan murid juga merangkumi bagaimana
guru memainkan peranan dalam memotivasikan pelajar. Dalam Zuri dan Aznan (2011)
guru perlu memotivasikan murid supaya mereka dapat meningkatkan keyakinan diri
dan dapat membina penghargaan kendiri secara berterusan. Motivasi di bahagikan
kepada dua jenis iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik.motivasi intrinsic
merupakan dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk
melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. Sebagai contoh, seorang pelajar
suka membaca buku kerana minatnya membaca buku. Motivasi ekstrinsik pula merujuk
kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh
kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik.
Contoh bagi motivasi ekstrinsik adalah seorang murid mengulang kaji pelajaran
setelah di marahi oleh ibu bapanya.
Secara
keseluruhan, pengurusan murid ini berfokuskan kepada pelajar. Pengurusan murid
amat penting kerana guru dapat mengenalpasti tentang maklumat murid, dapat
membantu murid dalam isu yang di hadapi oleh murid setelah merujuk rekod murid,
dapat membantu murid dalam meningkatkan pencapaiannya serta dapat meningkatkan
motivasi murid tidak kira dalam pelajaran atau sebaliknya.
Comments
Post a Comment