BAB 4 :KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
PENGENALAN
David M. Traversi
(2007) menyatakan bahawa faktor kepimpinan adalah factor yang membezakan antara
sesebuah organisasi yang berjaya atau tidak . Hal ini kerana segala keputusan
yang dibuat untuk organisasi akan bergantung kepada visi dan misi yang
ditetapkan oleh pemimpin dalam sesuatu
organisasi. Kepimpinan ialah “satu proses
interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu
dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat
dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang
membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain
ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhinya”
(Gordon, 955).
Manakala
organisasi pula adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu
dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza
bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003).
GAYA KEPIMPINAN
·
AUTOKRAKTIK
Gaya
kepimpinan autokratik banyak memberi arahan dan semua keputusan hanya dibuat
oleh dirinya seorang. Pemimpin dengan gaya sebegini sangat mengutamakan
hierarki dirinya sebagai seorang yang mempunyai kuasa. Selain itu, pemimpin
jenis ini juga cenderung untuk mengawal semua kuasa yang diberikan
kepadanya.Segala perancangan, tindakan dan keputusan hendaklah ditentukan
olehnya.Selain itu, pemimpin jenis ini tidak berminat melibatkan diri
bersama-sama kakitangan bawahannya dalam melaksanakan sesuatu aktiviti, tetapi
hanya memberikan arahan. Gaya kepimpinan autokratik ini sudah tidak releven
dalam persekitaran organisasi ketika ini. Walau bagaimanapun, ada kalanya gaya
ini perlu digunakan sekali sekali terutamanya ketika berlakunya krisis besar di
mana keputusan perlu dibuat dengan kadar segera tanpa memerlukan persetujuan
banyak pihak (Ismail, 2008).
·
DEMOKRATIK
Pemimpin
yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik merupakan seorang pemimpin yang
selesa melibatkan semua pihak dalam membuat sesuatu keputusan mahupun tindakan.
Pendekatan yang sering digunakan oleh pemimpin sebegini adalah melalui
perbincangan dan mesyuarat di mana akan berlakunya proses penurunan tugas
kepada kakitangan bawahannya. Bukan itu sahaja, kakitangan juga akan diberi
kebebasan untuk melaksanakan sesuatu keputusan atau tindakan mengikut cara
masing-masing. Pemimpin jenis ini beranggapan bahawa tiada apa yang mampu dilakukannya
seorang diri, sebaliknya percaya bahawa penglibatan menyeluruh ahli kumpulan
adalah kekuatan utama sesebuah organisasi. Melalui pengagihan tugas dan kuasa,
semua pihak akan berasa lebih yakin dan berlapang dada dalam menjalankan tugas
masing-masing yang mana secara tidak langsung dapat menjamin operasi organisasi
berjalan dengan lancar dan berdaya maju (Ainon, 2003). Oleh kerana
kepimpinannya bersifat membantu, pemimpin jenis ini akan sentiasa dihormati dan
dihargai tanpa mengira waktu dan situasi.
·
LAISSEZ FAIRE
Gaya
kepimpinan lepas-bebas (Laissez-Faire) pula merupakan sejenis gaya
kepimpinan yang memberi kebebasan penuh kepada kakitangannya dalam segenap
aspek. Apa yang dipentingkan oleh pemimpin jenis ini adalah pada akhirnya
mereka berjaya mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama. Bagaimana
keputusan dibuat, atau bagaimana dilakukan, semuanya diberikan kebebasan penuh
kepada kakitangan tanpa ada bimbingan dan campur tangan daripada pemimpin.
Prinsip yang dipegang oleh pemimpin sebegini ialah kakitangan dilihat sebagai
individu yang sudah dewasa dan mampu membezakan baik-buruk atau betul-salah
sesuatu perkara. Gaya kepimpinan ini akan menyebabkan sesebuah organisasi itu
dilihat seolah-olah tiada pemimpin kerana masing-masing bekerja dan bertindak
mengikut cara dan keselesaan masing-masing. Gaya kepimpinan Laissez-Faire sangat
tidak sesuai digunakan untuk organisasi yang besar kerana melibatkan proses
kerja dan aktiviti yang sangat kompleks selain impak maksimum yang sukar
ditangani sekiranya hasil yang diperoleh adalah tidak memberangsangkan.
INSTRUKSIONAL
Kepemimpinan
pengajaran atau kepemimpinan instruksional merujuk kepada satu cara untuk
menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum formal dengan mengoptimumkan segala
sumber yang ada melalui strategi pendidikan dan memastikan bahawa rancangan
pendidikan dilaksanakan dengan efektif (Abdul Ghani, Abdul Rahman &
Mohammed Zohir, 2008). Kualiti kepimpinan instruksional dalam pendidikan adalah
bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran yang menyeluruh dalam menangani
isu, matlamat dan kepentingan pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan
negara. Pendidikan di Malaysia juga turut mengalami perubahan yang berterusan
seiring dengan falsafah pendidikan negara. Semua perubahan yang berlaku mengarah
kepada pendidikan yang berkualiti untuk merealisasikan Wawasan 2020 (Aminuddin,
1989). Pemimpin pendidikan seperti pengetua atau guru besar perlu memainkan
peranan sebagai pemimpin instruksional dan pada masa yang sama perlu memainkan
peranan sebagai pemimpin kurikulum.
TRANSFORMASI
Dalam
konteks pendidikan, pengamalan ciri-ciri kepimpinan transformasi (karismatik,
inspirasi motivasi, stimulasi intelektual dan perhatian individual) oleh ketua
sekolah secara positif dapat menunjukkan sikap bertanggungjawab beliau dalam
memimpin semua warga sekolah ke arah yang lebih baik. Kesesuaian pengamalan
kepimpinan tranformasi di sekolah dapat membantu ketua sekolah menetapkan fokus
warga sekolah ke atas matlamat yang ditetapkan dan mengelakkan daripada
tersasar dari misi dan visi sekolah.
ORGANISASI SEKOLAH
Gambar 1: Carta Organisasi Kementerian
Pendidikan Malaysia
Gambar
2: Carta Organisasi Sekolah
KEPIMPINAN GURU
-BIDANG TUGAS
·
PENGETUA
Ø
Pemimpin/Ketua
Ø
Pengurus kurikulum dan kokurikulum
Ø
Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan
Ø
Pengurusan dalaman dan luaran
·
PENOLONG KANAN
Ø
Mengajar
Ø
Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
Ø
Bantu dalam pentadbiran harian
·
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Ø
Mengajar
Ø
Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
Ø
Kemasukan dan pendaftaran pelajar
Ø
Perhubungan awam tugas-tugas lain
·
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
Ø
Mengajar
Ø
Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
Ø
Perhubungan awam
Ø
Pentadbiran harian
Ø
Tugas-tugas lain
·
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Ø
Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
Ø
Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar
menyusun laporan
Ø
Membuat rancangan tahunan sekolah
·
GURU KELAS
Ø
Buku daftar kedatangan
Ø
Pengurusan yuran khas
Ø
Perkara-perkara akademik
Ø
Bantuan kewangan
Ø
Biasiswa
Ø
Tugas-tugas lain
KESIMPULAN
Kepimpinan dan
organisasi sangat penting dalam membangunkan sesebuah organisasi yang berkesan.
Dalam sesebuah organisasi, amatlah perlu untuk pemimpin dan ahlinya saling
bantu membantu. Dalam konteks sekolah, pengetua berperanan sebagai pemimpin,
penolong-penolong kanan dan guru serta kakitangan yang lain juga mempunyai
peranan masing-masing untuk sama-sama menjadi sekolah sebagai organisasi yang
baik.
Comments
Post a Comment