BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Bimbingan diertikan sebagai satu kuasa yang menyerap dalam kuriklum sekolah atau dalam proses pengajaran pembelajaran yang bertujuan untuk perkembangan potensi individu yang paling maksimum (Zuuraidah Abdul Rahman 2001). Ianya juga diertikan sebagai suatu konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau satu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri mereka.
 Bimbingan juga adalah suatu proses yang mempunyai permulaan dan akhir. Beliau mendifinisikan permulaan bimbingan sebagai outward piety dan akhir bimbingan adalah inward piety. Jika dikaji di dalam al-quran, terdapat banyak ayat al-quran yang membicarakan tentang kepentingan bimbingan dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah firman Allah SWT dalam al-quran surah Luqman (31) ayat 17 bermaksud “Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah kemungkaran mengikut kadar kemampuan yang ada padamu. Dan bersabarlah dengan apa yang mengenaimu ketika melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Sesungguhnya yang denikian itu adalah amat perlu dilaksanakan oleh manusia. Surah ini menunjukkan bahawa kepentingan bimbingan yang dilakukan oleh Luqman terhadap anaknya. Luqman didapati membimbing anaknya dengan menyuruh anaknya mendirikan solat, melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan bersabar atas musibah yang menimpa.
Strategi dan teknik penasihatan.
1-Teknik berasaskan pendekatan efektif (Kerusi kosong dan teknik raptai).
2-Teknik berasaskan pendekatan behavioural (Latihan bertenang melalui maklum balas biologi, hypnosis, meditasi, program pengurusan kendiri, latihan autogenic, mengajar kawalan badan dan fungsi imaginasi melalui saranan kendiri).
3-Teknik berasaskan pendekatan kognitif (Mempertikai, membahas, mencabar mengajar dan menjelaskan).
Antara cara penasihatan guru terhadap murid.
1-Berfokus kepada pelajar yang bermasalah
2-mengikuti perkembangan murid
3-Membantu murid membuat keputusan
4-Menyelami psikologi atau keadaan murid
5-Memberi nasihat dalam bentuk arahan dan ransangan.

Konsep pengurusan penasihatan murid dan perbezaannya.
Penasihatan    -Fokus kepada masalah yang dihadapi
                        -Berbentuk suruhan atau arahan.
                        -Strategi paling efektif dalam penyelesaian masalah.
Mentoring      -Proses membantu dari individu berpengalaman
                        -Kemudahan yang disediakan buat murid-murid dalam menguruskan                                 kehidupan mereka disekolah.
Bimbingan      -Proses membantu individu memahami dan mengenali dunia mereka.
                        -Menolong individu membuat pilihan yang tepat.
                        -Merancang aktiviti.

Perbezaan Kaunseling dan Penasihatan
Kaunseling      -Memfokuskan kepada individu yang bermasalah
                        -Dilaksanakan oleh individu (Kaunselor) yang telah dilatih khusus dalam                                      bidang kaunseling sepertimana yang telah dijelaskan di dalam definisi di atas.
                        -Kaunseling memerlukan lebih banyak masa.
                        -Kaunseling memerlukan pemantauan yang berterusan.

Penasihatan    -Memfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid.
                        -Dilaksanakan oleh mana-mana individu apatah lagi guru-guru yang lebih                                      berpengalaman.
                        -Penasihatan yang memerlukan masa singkat sahaja.
                        -Pemantauan dalam jangka masa yang tidak lama.

Proses Bimbingan dan Penasihatan

Comments

Popular posts from this blog

bimbingan & kaunseling : kaunseling di malaysia

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran Asas Dalam Kaunseling