bimbingan & kaunseling : kaunseling di malaysia

LATAR BELAKANG KAUNSELING DI MALAYSIA

Sesungguhnya, bimbingan dan nasihat telah lama bertapak dalam diri masyarakat melayu. Ini adalah dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat melayu yang saling tolong menolong diantara satu sama lain. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar Malaya lagi. Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya telah bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk ‘ A Guide to Career in Malaya for parent’s, teachers and pupils’ telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959.

Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk ‘ Handbook Facilities in the Federation of Malaya’. Terdapat banyak panduan pekerjaan dan kerjaya diterangkan. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan dan vokasional ditubuhkan dan jawatankuasa ini telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar Negara yang bernama Russel K. MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan Colombo untuk membantu kerajaan mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan aspek bimbingan. Hasil dari latihan tersebut,Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan sebuah buku panduan yang bertajuk ‘ Perkhidmatan dan Panduan di Sekolah ’ pada tahun 1966.

Beberapa perintah am telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Surat Pekeliling KP 5209/30/(30) yang mengarahkan Pengarah Pelajaran Negeri supaya semua guru besar memberikan kemudahan tempat bagi aktiviti bimbingan dan panduan di sekolah masing-masing. KP 5209/35/(40) pula, telah mewajibkan setiap sekolah rendah dan menengah melantik seorang guru bimbingan. Surat Pekeliling KP5209/30/(13) serta Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 5/1976,menggesa kepada semua Pengarah Pelajaran di seluruh negeri bagi mewajibkan penubuhan kegiatan kerjaya dan panduan di setiap sekolah. Beberapa kemudahan seperti bilik darjah, guru khas yang mengelolakan tugas-tugas dalam membimbing kerjaya pelajar di setiap sekolah.

Pada tahun 1969,hasil usaha sama dengan UNICEF, seramai 275 orang guru telah dipilih bagi menghadiri satu kursus yang di anjurkan oleh UNICEF bagi memberi pendedahan mengenai bimbingan selama enam hari di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Kementerian turut menjalankan satu seminar selama tiga hari berhubung dengan panduan dan bimbingan kerjaya di Sekolah Menengah Bukit Bintang, Petaling Jaya. Kelemahan disini ialah, usaha dalam menerapkan bimbingan dan kaunseling hanya tertumpu pada sekolah-sekolah yang berada di pusat-pusat bandar sahaja tetapi,sekolah –sekolah di bahagian pendalaman terus ketinggalan kerana kurangnya pendedahan mengenai dasar kerajaan ini.

Beberapa garis panduan telah diperkenalkan kepada para guru bimbingan bagi memudah serta memberikan kesan yang baik kepada tugas Guru-guru bimbingan. Guru-guru bimbingan ini juga telah atau hendaklah dilonggarkan daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25 waktu seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang lain. Ini membolehkan guru-guru bimbingan ini menumpukan sepenuhnya kepada tugas membimbing pelajar dalam hal-hal kerjaya. Dalam Surat Pekeliling KP 5209/35/(4) juga telah menyenaraikan 11 garis panduan tugas guru bimbingan.

Walaupun guru-guru bimbingan telah diberikan kelonggaran dan kemudahan, terdapat juga masalah yang dihadapi iaitu kekurangan guru di kawasan-kawasan luar bandar yang memaksa guru bimbingan ini untuk mengajar dalam akademik. Selain itu, kurangnya panduan yang secukupnya serta penerangan yang jelas dalam melaksanakan tugas membimbing di kalangan guru bimbingan merupakan satu masalah dalam mencapai matlamat dalam usaha membimbing pelajar. Kesedaran akan pentingnya kaunseling telah bercambah apabila sekumpulan ahli akademik dan pensyarah psikologi telah menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA) yang dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik pada tahun 1973. Persatuan ini membantu para pelajar dalam hal-hal vokasional serta membimbing mereka mencari pekerjaan dan kerjaya yang sesuai.

Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan yang berpusat di Institut Teknologi MARA,Shah Alam. Beberapa pertubuhan lain juga yang turut menjalankan khidmat kaunseling seperti BeFrienders dan Woman Aids. Galakan mengenai kaunseling kini semakin menonjol dimana beberapa buah institusi pengajian tinggi turut membekalkan para kaunselor. Maktab Perguruan Ilmu Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil selama setahun untuk para kaunselor di sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula,menyediakan kursus peringkat diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat ijazah. Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk khidmat kaunseling di Malaysia.

Definisi Kaunseling

Kaunseling secara umumnya dilihat sebagai satu proses menolong seseorang yang mengalami masalah melalui perbincangan secara peribadi antara klien dan kaunselor. Menurut Zuraidah(2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam profesion kaunseling untuk menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas. Kaunseling memfokus kepada kesedaran kendiri klien, minat, sikap dan matlamat dan bukan sekadar bergantung kepada maklumat umum atau perlakuan yang dilihat. Biasanya dalam sesi kaunseling, seorang kaunselor akan menggunakan potensi yang ada dalam diri klien untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh. Oleh itu, proses menolong yang berlaku dalam sesi kaunseling biasanya berdasarkan teori-teori yang telah dibuktikan kesahihannya dan bukan sekadar nasihat-nasihat biasa. Selain itu, dalam sesi kaunseling juga terdapat kemahiran-kemahiran khas bagi membolehkan sesi kaunseling berjalan secara teratur dan sekali gus dapat menangani masalah klien secara professional.

Definisi oleh Zuqraidah ini seqlqaqrqqas dengan konsep kerahsiaan dalam kaunseling di mana setiap yang berlaku dalam sesi kaunseling hanyalah antara klien dan kaunselor sahaja. Seorang kaunselor perlu menyimpan rahsia klien mereka agar kepercayaan klien terhadap kaunselor tidak tergugat.

Kaunseling bertujuan memberi nasihat kepada individu yang dikenali sebagai klien. Menurut Hilton, dalam BAC(1991) kaunseling didefinisikan sebagai proses menolong yang sistematik berasaskan kemahiran-kemahiran dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh kaunselor dalam perhubungan untuk memudahkan pengetahuan diri, penerimaan emosi dan tumbesaran dan perkembangan optima sumber individu, (Davies,1997). Pada keseluruhannya, matlamat kaunseling adalah untuk memberikan peluang ke arah kehidupan yang lebih puas kepada individu. Ini bermakna menurut Hilton, kaunseling adalah untuk membantu individu menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera dengan mengembangkan potensi atau kelebihan-kelebihan yang ada pada klien melalui kemahiran-kemahiran tertentu dalam kaunseling. Seorang kaunselor adalah untuk memberi jalan bagi memudahkan klien bekerja dalam jalan yang menepati nilai-nilai klien, sumber individu dan kapasiti untuk keazaman diri. Hal ini bermakna, kaunselor perlu membantu klien mencapai matlamat mereka mengikut saluran yang sebenar dan bersesuaian dengan potensi dan kelebihan yang ada pada diri klien tersebut. Tetapi kauselor bukan memberikan penyelesaian terhadap masalah klien. Di dalam membantu klien menyelesaikan masalah mereka, seorang kaunselor harus menggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling seperti kemahiran temuduga dan intervensi bagi mencari punca masalah klien. Kemahiran-kemahiran inilah yang dimaksudkan oleh Hilton dalan definisinya tentang kaunseling.

Menurut British Association For Counselling(BAC) lagi, apabila seseorang individu menggunakan dengan kerap atau kadang-kadang watak sebagai kaunselor, memberi masa, tumpuan dan rasa hormat terhadap seseorang atau orang lain semasa menjadi penasihat kepada klien itu juga didefinisikan sebagai kaunseling. Hal ini bermaksud apabila seseorang individu yang diiktiraf mempunyai rasa hormat terhadap klien dan sepenuh masanya adalah membantu klien tersebut maka itu dikira sebagai kaunseling menurut BAC. 

Perasaan hormat kepada klien merupakan salah satu etika dalam kaunseling. Oleh itu, definisi oleh BAC ini juga boleh diguna pakai dalam menerangkan apakah sebenarnya kaunseling itu dan kandungan di dalamnya.
Selain itu, menurut American Personnel and Guidance(APGA) kaunseling juga didefinisikan sebagai penggunaan prosedur kaunselor dan tingkah laku sains yang berkaitan untuk membantu dalam mempelajari cara menyelesaikan masalah atau membuat keputusan berkaitan dengan kerjaya, perkembangan peribadi, perkahwinan, keluarga, atau lain-lain kerisauan interpersonal. Seorang kaunselor menggunakan prosedur-prosedur dalam kaunseling untuk membantu klien mereka, kerana setiap masalah yang dirujuk perlu diselesaikan tanpa ada masalah berbangkit di kemudian hari.

Matlamat Kaunseling
  • Kaunseling mempunyai matlamat yang jelas iaitu:
  • Membantu klien bertanggunjab keatas dirinya.
  • Memperbaiki imej diri yang negatif.
  • Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan.
  • Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkah laku.
  • Membantu klien menjadi lebih produktif.
  • Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.
  • Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan.
  • Membantu klien menguruskan masalah yang ‘belum selesai’ dalam hidupnya.

Membantu Klien Bertanggungjawab ke atas Dirinya

Melalui sesi kaunseling, klien diajar bertanggungjawab atas diri sendiri. Sifat ‘lepas tangan’ tidak akan mendatangkan hasil yang baik. Klien yang bertanggugjawab keatas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien akan bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri dan tidak akan menyalahkan orang lain.

Memperbaiki Imej Diri yang Negatif

Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor akan membimbing klien membentuk imej yang positif. Antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej diri yang positif menandakan kestabilan personaliti.

Mengajar Klien Menyesuaikan Diri dengan Keadaan

Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah terlebih dahulu. Ada kalanya orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Maka apa yang penting di sini ialah klien belajar menyesuaikan diri degan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan dan konflik.

Mempermudahkan atau Menggerakkan Perubahan Tingkah Laku

Ada kalanya, tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan ‘siapa’ klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Kaunselor akan mengajar klien membuat perubahan tingkah laku yang mampu dilakukannya. Perubahan tingkah laku tidak semestinya besar. Ia boleh merupakan perubahan yang kecil. Faktor yang lebih penting ialah klien apat menguruskan dan mengawal perubahan yang berlaku. Perubahan ini pula biarlah berkekalan.

Membantu Klien Menjadi Lebih Produktif

Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya seandainya dia ingin hasil yang memuaskan. Klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.

Membimbing Klien Mencari dan Memupuk Sumber Dalaman

Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya tersendiri. Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinya dan seterusnya mengakibatkan situasi helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalaman akan berasa bahawa dia boleh mengawal perjalanan hiupnya (setakat yang termampu olehnya).

Mempertingkatkan Kemampuan Klien Membuat Keputusan

Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah perkara yang menyeronokkan atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga akan diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran untuk membuat keputusan yang baik.

Membantu Klien Mengurus Masalah yang ‘Belum Selesai’ dalam Hidupnya

Memang benar tidak semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Namun, kemungkinan besar wujud keadaan di mana kelemahan seperti kekeliruan, kerunsingan, kemarahan dan salah faham lahir kerana konflik (sama ada kecil atau besar) yang berlaku pada masa dahulu perlu dilihat kembali, diatasi atau dihadapi. Tugas kaunselor di sini adalah untuk membimbing klien melalui proses ini.

JENIS-JENIS KLIEN

Klien yang dirujuk

Referral klien didefinisikan sebagai tindakan memindahkan klien seseorang itu kepada orang lain sama ada disekolah atau luar sekolah. Disetting sekolah, klien yang dirujuk biasanya ialah pelajar yang biasanya memerlukan kaunseling untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah. Kaunselor akan membantunya mencapai kefahaman tentang tingkah lakunya dan tanggungjawab terhadap tingkah lakunya dirinya serta mengawal diri sebelum masalah bertambah rumit (Salleh Lebar,1993).

Didalam beberapa keadaan tertentu, seseorang kaunselor itu tidak berupaya untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada klien. Maka dalam keadaan begini, kaunselor boleh memindahkan klien kepada seseorang kaunselor atau pakar lain untuk mendapatkan bantuan yang relaven. Klien jenis ini tergolong didalam klien yang dirujuk (Salleh Lebar,1993).

Klien suka rela

Klien suka rela ialah individu yang rela dating sendiri untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada kaunselor. Klien jenis ini tahu akan tujuannya menemui kaunselor kerana ia sedar yang ia mengalami perasaan yang gelisah, curiga, kusut dan tiada tempat lain untuk meluahkan segala masalahnya. Ia memerlukan bantuan daripada seseorang yang dianggap boleh memahami dan mengambil berat terhadap apa yang terpendam dalam hatinya. Klien ini sanggup membuka rahsia mengenai diri dan perasaannya. Klien ini juga sangat berharap kaunselor dapat membantunya untuk menyelesaikan masalah (Tryon,2002).
Klien yang datang secara suka rela akan mendapat faedah yang maksima selepas kaunseling kerana ia tahu akan tujuannya menemui kaunselor serta berada dalam keadaan bermotivasi (Mansur Abdullah,1993).

Klien enggan

Klien enggan biasanya terdiri daripada individu yang dirujuk oleh orang ketiga untuk mendapatkan kaunseling. Klien yang enggan ini boleh didapati dalam dua ciri utama iaitu klien yang tidak rela (reluctant) dan klien yang menentang (resistant) (Mansur Abdullah,1993).

Klien yang tidak rela ( Reluctant )

Klien reluctance adalah seorang klien yang dirujuk oleh pihak ketiga dan klien jenis ini kerap tidak bermotivasi untuk ditolong, berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah dan mahkamah merujukkan kliennya adalah satu contoh yang baik. Mereka ini tidak berkeinginan untuk berada dalam sesi kaunseling, bercakap keseorangan tentang dirinya. Kebanyakkan klien reluctance menamatkan sesi kaunselingnya pada masa-masa yang tidak sepatutnya dan memberitahu bahawa mereka tidak berpuas hati dengan proses-proses yang dilakukan (Tryon,2002).

Klien jenis ini ialah klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa kaunselor. Keengganan klien tidak rela ini boleh dikenal melalui gerak geri badan serta tingkah lakunya semasa berhadapan dengan kaunselor yang dipamerkannya sama ada secara ‘ verbal ’ atau ‘ non verbal ’. Klien jenis ini boleh dikendalikan dengan kaunselor menerangkan kepada klien tentang kepentingan proses kaunseling dan membantunya menyedari apa yang boleh diperolehi daripada kaunseling diperingkat awal pertemuan lagi (Mansur Abdullah,1993).

Klien yang menentang ( Resistent )

Klien resistance adalah seorang klien dalam kaunseling yang mana mereka ini tidak sudi atau menentang untuk kepada perubahan. Kebanyakan individu mungkin bersifat dengan aktif untuk membuat sesi kaunseling tetapi tidak berkeinginan untuk pergi untuk melalui kepayahan yang mana itu adalah satu tuntutan untuk berubah. Sebaliknya, klien akan berpaut atau lekat kepada kepastian tingkah laku semasa walaupun apabila kebanyakan tingkahlaku adalah menghasilkan tingkah laku sebaliknya dan tidak berfungsi dengan baik. Sesetengah klien resistance enggan untuk membuat keputusan, cetek dalam deal dengan masalanya dan mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalahnya dendan kata lain, klien melakukan apa yang kaunselor cakap. Ciri-ciri resistant ini merujuk kepada halangan yang diwujudkan oleh klien yang boleh menyekat atau menghalang proses kaunseling untuk terus berjalan lancar. Resistant ini juga merujuk kepada klien yang tidak mahu menerima perubahan (Gladding, 2000).

Ahli-ahli teori dalam kaunseling dan psikoterapi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kluien resistance. Didalam perspektif psikodinamik, mereka melihat klien resistance sebagai satu cara menghalang personaliti yang tidak sedar menjadi sedar. Resistance jenis ini merupakan resistance intrapsikik dalam diri individu. Ia berlaku apabila klien menahan dirinya daripada dorongan yang bertentangan atau ketika berhadapan dengan konflik dalaman (Hough,2002).

Sebagai contoh; seorang suami yang ingin berkahwin dua. Dia akan mengatakan bahawa; “ dia tidak mahu untuk menceraikan isterinya sebab dia masih lagi sayang terhadap isterinya tetapi dalam masa yang sama dia mahu berkahwin dengan perempuan lain ”. Disini telah wujud satu keadaan ketidaksamaan dalam diri klien yang menjadi konflik kepadanya.

Secara umumnya, tingkah laku klien resistance boleh menggagalkan proses kaunseling. Dalam situasi berhadapan dengan klien resistance, kaunelor perlu bijak menggunakan kaedah-kaedah tertentu (Mansur Abdullah,1993). Beberapa contoh tingkah laku klien resistance yang biasa dihadapi oleh kaunselor ialah ;
  • ·         Klien enggan bercakap
  • ·         Klien tidak memberi kerja sama
  • ·         Klien tidak menepati janji
  • ·         Klien terlalu kerap menggunakan helah bela diri
  • ·         Klien memanipulasikan kaunselor
  • ·         Klien mengubah atau tidak menepati matlamat awal
  • ·         Klien lambat datang ke sesi kaunseling.

Menurut Sack (1988) didalam buku Counseling a comprehensive profession, yang paling banyak atau sering kali klien jenis resistance cakap dengan kenyataan yang mudah iaitu “ saya tidak tahu ”. Tindakbalas seperti ini akan menyebabkan kaunselor susah untuk bergerak pada peringkat seterusnya (Gladding, 2000).
Otani (1989) didalam buku Counseling a comprehensive profession, mencadangkan empat kategori untuk klien resistance : amount of verbalization, content of message, style of communication and attitude toward kaunselor and counseling session. Sebanyak 22 bentuk klien resistance termasuk didalam kategori ini (Gladding, 2000).

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran Asas Dalam Kaunseling