Posts

Program Kemahiran Belajar

Image
Pada 16 November 2018, saya dan rakan sekumpulan saya telah menjalankan program kemahiran belajar di SMK Kalumpang, di Selangor. Pada asalnya kumpulan saya telah deal dengan satu sekolah di Ipoh pada tarikh yang sama untuk buat program di sana, tapi nak buat macam manakan? kita mampu merancang, tapi Tuhan menentukan. Walaupun pada asalnya sayalah orang paling frust bila sekolah ni last minit reject program kami, tapi alhamdulillah, dengan bantuan En Aziz, kami dapat buat program berhampiran dengan rumah sewa kami di Bahtera. Sekurang-kurangnya banyak kami jimat dari segi kos. Pada pagi yang indah, kami pun bertolak ke sekolah di awal pagi. Inilah wajah kami yang tidak sabar berprogram  Pukul 8 pagi kami pun di jemput oleh Pn Hawa, Guru Kaunseling SMK Kalumpang untuk ke bilik tayangan, tempat kami berprogram. program ini melibatkan serama 20 orang pelajar tingkatan 4. Pada awalnya, program kami mempunyai masalah iaitu tentang penggunaan Microphone. Agak frust ...

BAB 14 :PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuahorganisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat inidisokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.             Alam Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan pendidik agar dapat terjadi proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan , penguasaan kemahiran dan tabiat , serta pembentukan sikap dan kepercayaan pada peserta didik. Dengan kata lain, pembelajaran adalah proses untuk membantu p endidik agar dapat belajar dengan baik. Menurut Sanjaya ( 2011 -2014), Pembelajaran merupakan suatu sistem yang kompleks yang keberhasilannya dapat dilihat dari dua ...

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN Sekolah adalah sebuah institusi sosial yang memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar. Sekolah cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-guru yang bersedia melakukan perubahan dengan kerjasama yang padu daripada ibu bapa dan masyarakat. Sejajar untuk menghasilkan pendidikan berkualiti, sokongan dan kerjasama ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadikan sesebuah sekolah itu hebat dan berjaya. Mengikut, Jarzabkowski (2002) menyatakan bahawa persekitaran sekolah bermakna semua keadaan, sumber dan aktiviti saling bersepadu secara langsung atau tidak langsung yang memberi kesan kepada fungsi sekolah. Persekitaran sekolah merujuk kepada persekitaran fizikal dan iklim psikososial boleh menetapkan peringkat persepsi positif guru dan pelajar terhadap sekolah. Tableman (2004) telah mengenal pasti empat aspek persekitaran sekolah, iaitu: 1. persekitaran fizikal yang mesra dan kondusif untuk pembelajaran. 2. persekitaran sosial yang menggalakkan kom...

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Image
Konsep pelbagai   upaya ini secara khususnya merujuk pada individu yang kurang sempurna sama ada dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sensori. Pelbagai upaya berkait dengan masalah kerencatan mental, penglihatan, pendengaran, pertuturan, gangguan emosi, bermasalah fizikal, tingkah laku dan masalah pembelajaran. Individu pelbagai upaya mengalami kekurangan atau kecacatan sama ada sejak dilahirkan atau pun selepas mengalami kemalangan atau masalah kesihatan yang kronik. Ketidakupayaan ini akan menimbulkan masalah dalam kemahiran belajar juga seperti kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengira dan menaakul. Masalah ini berpunca daripada kegagalan fungsi sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada pelbagai tahap umur. Individu yang mengalami masalah kegagalan fungsi saraf biasanya sukar untuk mengawal tingkah laku, membuat tanggapan dan berinteraksi sosial dan masalah ini mungkin wujud bersama masalah pembelajaran. PEMULIHAN Definisi Program Pemulihan Khas ...

BAB 11 :PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Menurut Peter F. Drucker, pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan. Manakala Menurut E.B. Taylor (1958) budaya sebagai sebuah kompleks yang merangkumi pelbagai bidang. Menurut Ary H. Gunawan (2000), Budaya berasal daripada bahasa Sansekerta “Buddhayah yakni bentuk jamak dari budhi (akal). Seterusnya pendapat daripada (Koentjaraningrat. 1974), dalam bahasa Inggeris kebudayaan adalah “culture” yang berasal daripada “colere” yang beerti “mengolah atau mengerjakan. Budaya secara ringkas merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkahlaku yang diperolehi oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Menurut Taylor (1871) yang mengatakan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,   kepercayaan-kepercayaan, kesenian, moral, Undang-undang, adat   dan sebarang bentuk keupayaan...