KAUNSELING INDIVIDU
Kaunseling ialah satu proses pertolongan yang professional
yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Proses ini melibatkan seseorang akan membantu seseorang yang lain melalui
perbualan berstruktur yang bermatlamat. Perbualan akan memakan masa dan
berkemungkinan berlaku lebih daripada sekali. Temubual yang bersiri ini
dijangka akan menyelesaikan masalah. Proses yang berlaku melibatkan dua orang
yang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti jalan penyelesaiannya.
Kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal adalah berkaitan masalah dalam
kehidupan harian atau pekerjaan.
Menurut Blocher (Shertzer & Stone 1974) kaunseling ialah
satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri
dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan penjelasan matlamat dan nilai
untuk tingkahlaku masa depan.
Sementara Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990)
mengatakan bahawa kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di
antara seorang kaunselor yang terlatih dengan klien. Perhubungan ini kadangkala
melibatkan lebih daripada dua orang individu. Ianya bertujuan membantu klien
memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar
mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang
bermakna dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara
individu.
Bagi Krumboltz (George & Cristiani, 1990.) pula
kaunseling juga merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh
kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis
tingkahlaku yang akan menghasilkan penhyelesaian kepada masalah klien.
Sementara Mizan et al (1996) mengatakan bahawa kaunseling adalah proses
pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya
dan alam sekelilingnya.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa kaunseling individu
ialah merupakan pekhidmatan profesional melibatkan dua orang iaitu kaunselor
dan klien dalam satu proses yang berstruktur dan beretika untuk membantu klien
memahami diri dan persekitarannya dan menentukan cara klien bertindak di masa
depan.
Comments
Post a Comment