KAUNSELING KERJAYA
Kaunseling kerjaya adalah satu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya dilihat sebagai satu proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Apa yang penting adalah supaya perkara ini dapat dicapai bagi membantu individu itu mengenali diri sendiri dan mengetahui maklumat lanjutan berkaitan kerjaya pilihan mereka. Jesteru itu, penggunaan ujian dan inventori oleh kaunselor seiring dengan perkembangan ilmu psikologi telah berjaya membantu individu memilih kerjaya yang sesuai dengan ciri-ciri kendiri mereka. Dalam memilih kerjaya yang tepat, trait-trait diri individu perlu dikenal pasti dan turut mengkaji kerjaya yang sesuai dengan trait-trait itu. Analisis pekerjaan yang dijalankan memerlukan pendekatan saintifik yang dibangunkan khusus bagi mengkaji pekerjaan yang dipilih seca...