Posts

Showing posts from 2017

KAUNSELING KERJAYA

Kaunseling kerjaya adalah satu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya dilihat sebagai satu proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Apa yang penting adalah supaya perkara ini dapat dicapai bagi membantu individu itu mengenali diri sendiri dan mengetahui maklumat lanjutan berkaitan kerjaya pilihan mereka. Jesteru itu, penggunaan ujian dan inventori oleh kaunselor seiring dengan perkembangan ilmu psikologi telah berjaya membantu individu memilih kerjaya yang sesuai dengan ciri-ciri kendiri mereka.             Dalam memilih kerjaya yang tepat, trait-trait diri individu perlu dikenal pasti dan turut mengkaji kerjaya yang sesuai dengan trait-trait itu. Analisis pekerjaan yang dijalankan memerlukan pendekatan saintifik yang dibangunkan khusus bagi mengkaji pekerjaan yang dipilih seca...

KAUNSELING KELOMPOK

Image
Definisi Kaunseling kelompok meKrupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan bagi kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan ini dikhususkan bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah yang sama dalam satu masa, dan isu permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang normal. Hough (1994), menjelaskan bahawa, In 1935, the first Alcoholics Anonymous group meeting was held in Ohio, and the organization which was formed as a result of this, has proved to be one of the most enduring and successful innitiaves world-wide (p. 143). Hal ini membuktikan keberkesanan pendekatan kaunseling kelompok terhadap dunia kaunseling.  Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang individu dengan individu lain dalam satu kelompok yang menfokuskan aspek permasalah yang sama dalam konteks tingkahlaku dan terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah berb...

KAUNSELING INDIVIDU

Kaunseling ialah satu proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Proses ini melibatkan seseorang akan membantu seseorang yang lain melalui perbualan berstruktur yang bermatlamat. Perbualan akan memakan masa dan berkemungkinan berlaku lebih daripada sekali. Temubual yang bersiri ini dijangka akan menyelesaikan masalah. Proses yang berlaku melibatkan dua orang yang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti jalan penyelesaiannya. Kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal adalah berkaitan masalah dalam kehidupan harian atau pekerjaan. Menurut Blocher (Shertzer & Stone 1974) kaunseling ialah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.  Sementara Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990) mengatakan bahawa kaunseling melambangkan satu perhubu...

bimbingan & kaunseling : kaunseling di malaysia

LATAR BELAKANG KAUNSELING DI MALAYSIA Sesungguhnya, bimbingan dan nasihat telah lama bertapak dalam diri masyarakat melayu. Ini adalah dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat melayu yang saling tolong menolong diantara satu sama lain. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar Malaya lagi. Dalam berita Bimbingan dan Kaunseling yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencatat bahawa usaha dalam bimbingan dan vokasional di Malaya telah bermula sejak tahun 1939, dimana satu buku bertajuk ‘ A Guide to Career in Malaya for parent’s, teachers and pupils’ telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959. Pada tahun 1960,Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat pekeliling berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk ...

Kemahiran Asas Dalam Kaunseling

Image
Terdapat pelbagai kemahiran asas dalam kaunseling tetapi hanya 5 kemahiran yang berfokus  Kemahiran Melayan dan Mendengar Salah satu ciri-ciri guru yang efektif adalah melayani murid seperti anak sendiri, Guru perlu melihat murid dan tidak boleh membelakangi murid tersebut. Apabila melihat murid, tujukan ekspresi muka yang memperlihatkan kesungguhan supaya murid berasa lebih yakin untuk meluahkan sesuatu perkara Nada suara perlu sesuai dengan situasi yang sedang berlangsung. Setiap persoalan harus di layan dengan sebaik mungkin kerana ia dapat menarik minat murid untuk bertanya dan meluahkan perasaan jika terdapat kekeliruan dan tidakpuashati. Dorongan minima seperti anggukkan kepala menunjukkan guru tersebut faham akan maksud yang disampaikan oleh murid. Selain daripada itu dorongan minima dapat memuaskan hati murid dan memberangsangkan muris tersebut untuk memberitahu sesuatu perkara Kemahiran Mengintepretasi Tingkah Laku Bukan Lisan Terdapat pelbagai tin...